Saturday 8 June 2013

Kereta Chery Tiggo menanti pengunjung MATTA Fair

JOHOR BAHRU 7 Jun - Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) negeri menyasarkan jualan sebanyak RM20 juta menerusi pameran yang akan berlangsung di Danga City Mall di sini bulan depan.

Pengerusi MATTA Johor, Kenny Ngi berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai berdasarkan jangkaan kehadiran pengunjung mencecah 18,000 orang dengan 170 buah gerai pada pameran selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Julai di Expo@Danga City Mall di sini.

"Para pengunjung berpeluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Chery Tiggo 2.0 bernilai RM82,000 serta hadiah sampingan keseluruhannya bernilai RM180,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.