Sunday 12 May 2013

Nasi lemak istimewa Anggun Fusion


Aroma dan keenakan nasi lemak sememangnya mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja. Bagaimanapun, tidak ramai yang pernah menikmati nasi lemak dihidangkan bersama rendang mentega kacang yang merupakan satu resipi rahsia milik pengusaha restoran Anggun Fusion. Penggunaan kerisik di dalam rendang ini melengkapkan aroma harum sajian tersebut.

Untuk menikmati sajian enak itu, kenalah singgah makan di Anggun Fusion yang terletak di Plaza Damas 3, Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Menurut pemilik Anggun Fusion, Mimie Azura Mohamad, turut ditawarkan di restorannya adalah pelbagai menu lain sama ada berkonsepkan makan tempatan mahupun makanan barat.

Mula beroperasi sejak awal Februari lalu, restoran berkonsepkan santai itu terletak di lokasi strategik kerana berhampiran kawasan perumahan, perniagaan dan pejabat. Mampu memuatkan sehingga 100 pelanggan pada satu-satu masa, restoran itu beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam setiap hari dan menawarkan hidangan makan tengah hari, petang dan malam.

Bagi mereka yang datang secara berkumpulan dan ingin menganjurkan aktiviti, terdapat ruang khas berhawa dingin yang mampu memuatkan maksimum 150 orang pelanggan.

Berbeza dengan restoran-restoran lain, restoran ini turut menawarkan bilik khas untuk mana-mana badan korporat bermesyuarat sambil menikmati pelbagai jenis makanan yang enak. Mimie Azura juga berkata, kesemua makanan yang ditawarkan itu diperoleh secara segar setiap hari.

"Setakat ini, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sejak dibuka, ramai juga pelanggan dari luar Lembah Klang datang untuk menikmati nasi lemak istimewa di sini.

"Selain nasi lemak istimewa, kami turut menawarkan pelbagai hidangan seperti makanan laut yang menggunakan resipi sendiri, makanan Barat dan banyak lagi. "Boleh dikatakan kami menawarkan pelbagai jenis hidangan mengikut cita rasa untuk semua lapisan masyarakat," ujarnya ketika ditemui S2.

Tambah Mimie Azura, pada setiap hari Sabtu, para pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan 'live band' oleh kumpulan tempatan. Walaupun harga yang ditawarkan berpatutan jika hendak dibandingkan dengan restoran-restoran lain, tetapi Mimie Azura menegaskan ia amat berbaloi dengan apa yang dihidangkan.

Justeru, sesiapa yang ingin merasa dan mencuba hidangan di sini, bolehlah mengunjungi Anggun Fusion.
-utusan online.
https://www.facebook.com/pages/Anggun-Fusion-Cafe/397407160334249

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.