Wednesday 10 October 2012

Kelantan yakin capai sasaran kedatangan 6 juta pelancong


KOTA BHARU 10 Okt. - Sasaran kerajaan Pas Kelantan untuk mencatatkan kedatangan enam juta pelancong ke negeri ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 semakin hampir dicapai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sehingga kini kedatangan seramai empat juta pelancong telah dicatatkan bermula awal tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut akan dicapai menjelang hujung tahun ini dengan kehadiran lebih ramai pelancong ketika musim cuti sekolah dan cuti umum.

"Kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jumlah kedatangan pelancong tersebut berdasarkan rekod yang kita ada. "Jumlah kedatangan pelancong dijangka akan meningkat pada musim cuti sekolah dan cuti umum, ditambah pula dengan usaha promosi yang sedang giat dijalankan secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Volkswagen Klasik sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di Kompleks Kota Ismail di sini hari ini.
-utusan online.
http://tic.kelantan.gov.my/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.