Wednesday 25 April 2012

Pesta Laut PANGKOR LUMUT 2012

Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menganjurkan Pesta Laut Pangkor Lumut 2012 pada 24 hingga 29 April 2012.

Program ini diadakan bagi mempromosikan Negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2012, meningkatkan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara ke Daerah Manjung, sebagai salah satu cara mempromosi produk-produk pelancongan di Daerah Manjung serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang tempoh berlangsungnya program ini seperti gerai pameran dan jualan, menaiki Kapal Layar Cruise, Persembahan Seni Ukiran Ais, Pertandingan Sukan Pantai, Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan Perahu Layar, Lumba Perahu dan Kayak, Demo Search and Rescue oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pertandingan Karaoke ‘Tourism Idol’ dan persembahan artis.

Program ini dijadualkan akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak pada 27 April 2012 (Jumaat), jam 8.30 malam di Lumut. Manakala Majlis Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh Tuan Zamri bin Man, Yang Dipertua MPM pada 29 April 2012 (Ahad), jam 9.00 malam.


http://www.facebook.com/PestaLautPangkorLumut
http://www.mpm.gov.my/
-Majlis Perbandaran Manjung.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.