Thursday 15 March 2012

Harga bot Melaka River Cruise naik

MELAKA 14 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) membuat penyelarasan harga baru tiket bot Melaka River Cruise sebanyak 50 peratus bagi dewasa dan kanak-kanak berkuatkuasa 1 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Baharom Majid berkata, harga baru yang ditetapkan bagi dewasa ialah RM20 berbanding RM10 sebelum ini manakala bagi kanak-kanak pula dari RM5 dinaikkan kepada RM10. ''Namun begitu bagi setiap pengunjung atau ejen pelancongan yang ingin mendapat potongan harga sebanyak 50 peratus, hanya perlu menunjukkan MyKad dan MyKid semasa membeli tiket di kaunter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi pengunjung yang menaiki bot VIP bersama artis dari Jumaat hingga Ahad katanya, harga tiket yang ditetapkan adalah RM30 bagi dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Beliau berkata, jika mereka menunjukkan MyKad dan MyKid, harga tiket potongan yang diberikan ialah RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.