Saturday 17 March 2012

Brosur ‘Pakej Istimewa Cuti-Cuti 1Malaysia’ Di MATTA Fair KL 2012

KUALA LUMPUR, 16 MAC 2012: Tourism Malaysia telah mengeluarkan sebuah brosur bertajuk "Pakej Istimewa Cuti-Cuti 1Malaysia" bersempena dengan penyertaannya dalam pameran pelancongan MATTA Fair KL 2012 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) dari 16-18 Mac.

Brosur dwi-bahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) yang telah dihasilkan dengan kerjasama 13 agensi pelancongan tempatan ini menawarkan sebanyak 50 pakej produk-produk pelancongan. Antara pakej-pakej pelancongan yang terdapat dalam brosur tersebut termasuklah:-

• Taman & Laman (Kuala Lumpur) - Pakej 2 hari 1 malam dari RM210 seorang termasuk tempat tinggal, sarapan pagi dan lawatan ke Taman Orkid, Taman Rama-Rama, Taman Rusa dan Taman Burung.

• Lawatan Udara (Kuala Lumpur) - Menaiki helikopter selama 20-25 minit bersama juruterbang untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari udara dari RM550 seorang.

• Rasai Pengalaman Bermalam di Muzium Melaka - Pakej 2 hari 1 malam dari RM230 seorang dengan menginap di atas kapal Flor De Lar Mar.

• Acara Jejak Pencinta Seni - Pakej 4 hari 3 malam dari RM780 seorang (dewasa) dan RM530 seorang (kanak-kanak) termasuk tempat tinggal, makan dan lawatan ke galeri-galeri seni dan pameran lukisan bersama pemandu pelancong.

• Mountain Retreat - Pakej 3 hari 2 malam dari RM490 seorang (minima 10 orang) termasuk tempat tinggal, pengangkutan, makan, dan lawatan ke Kinabalu Park, Poring Hot Springs, Canopy Walkway, War Memorial dan Rose Garden.


Agensi-agensi pelancongan yang terlibat terdiri daripada:-
1. Ace Altair Travels Sdn. Bhd.
2. Adventure Quest & Tour Sdn. Bhd. 
3. BMC Travel Sdn. Bhd.
4. Inter-Orient Travel & Tours Sdn. Bhd.
5. Lavender Holidays & Management Sdn. Bhd. 
6. Metro Bike 
7. NKS Hotel & Travel Sdn. Bhd. 
8. Pesaka Travel & Tours Sdn. Bhd. 
9. Travel Forte Sdn. Bhd. 
10. Titian Permata Travel & Tours Sdn. Bhd.
11. Tuah Travel & Tours (M) Sdn. Bhd.
12. World Travel Agency Sdn. Bhd.
13. Zuk Travel & Tours Sdn. Bhd.


Penghasilan brosur 'Pakej Istimewa Cuti-Cuti 1Malaysia' ini ialah satu usaha dan langkah positif dalam membantu mempromosikan produk-produk pelancongan domestik di pasaran tempatan dan luar negara bagi menggalakkan percutian terancang seiring dengan objektif kempen pemasaran domestik 'Cuti-Cuti 1Malaysia'.

Penyertaan kali keenam Tourism Malaysia dalam pameran MATTA KL Fair 2012 ini melibatkan sebanyak 48 gerai pameran dengan 65 peserta di bawah payung Tourism Malaysia. Pada pameran pelancongan MATTA 2011, sebanyak 10,262 pakej Cuti-Cuti 1Malaysia telah dijual dan berjaya menjana pendapatan sebanyak RM2,246,335.65.

Timbalan Menteri Pelancongan, Malaysia, YB Dato Dr. James Dawos Mamit telah melancarkan brosur 'Pakej Istimewa Cuti-Cuti 1Malaysia' ini di Astaka Tourism Malaysia, Hall 3, PWTC sejurus selepas merasmikan pameran MATTA Fair KL 2012 di sini, hari ini.

-Tourism Malaysia.

1 comment:

  1. bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri microfungus aromaterapi nano di dunia!

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.