Tuesday 17 January 2012

Malaysia jadi tumpuan pameran di Jerman

STUTTGART (Jerman) 17 Jan. - Malaysia, yang mempamerkan dirinya sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik, menjadi tumpuan sebagai ”negara rakan kongsi” pada Pameran Pelancongan Pengguna CMT yang sedang berlansung di Stuttgart, dari 14 hingga 22 Januari.

Semasa majlis perasmian pada Sabtu, pavilion Malaysia dikunjungi Datuk bandar Stuttgart; diiringi Pengerusi Messe Stuttgart, penganjur pameran itu; dan pegawai tinggi Jerman yang lain.
Duta Malaysia ke Jerman Datuk Ibrahim Abdullah, datang dari Berlin ke Stuttgart untuk memberi sokongan kepada pertunjukan Malaysia.

Delegasi Malaysia diketuai Datin Normasilah Musa, pengarah serantau untuk pasaran antarabangsa di Tourism Malaysia, manakala pengarah pejabat Tourism Malaysia di Frankfurt Syed Yahya Syed Othman, merupakan orang penting bagi pertunjukan Malaysia. Di sebalik krisis ekonomi di Eropah, yang membawa kepada kejatuhan nilai Euro yang menyebabkan pelancong Eropah berjimat, Malaysia masih boleh mencatat 1,147,992 pengunjung dari benua itu pada 2010.

Aliran pelancong dari Jerman ke Malaysia mencatat pertumbuhan dua peratus, dengan 130,896 ketibaan pada 2010. Ketibaan pelancong Jerman dalam tempoh Januari hingga Jun 2011 bagaimanapun merosot kepada 60,347 orang, turun 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya yang mencatat 63,778 ketibaan pelancong Jerman. Kepentingan sektor pelancongan untuk ekonomi Malaysia boleh diukur daripada hakikat bahawa sektor itu menghasilkan pendapatan kira-kira RM56.5 bilion pada 2010. Yang pasti, pelancongan muncul sebagai sumber kedua terbesar bagi pendapatan pertukaran mata wang asing selepas eksport perkilangan.

Dalam menekankan hakikat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan, Ibrahim mengutarakan mengenai “kekayaan budaya dan pelbagai kaum” sebagai kebanggaan Malaysia.
Kuala Lumpur, katanya, baru-baru ini dipilih sebagai destinasi terkemuka Asia 2011 pada Anugerah Pelancongan Dunia.
-Bernama.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.