Thursday 10 November 2011

Pelancong Malaysia antara lima terbesar lawat Australia

MELBOURNE 10 Nov. – Malaysia merupakan antara lima negara teratas dari segi pergerakan penumpang memasuki dan keluar dari Australia.

Data rasmi menunjukkan sejumlah 27 juta penumpang keluar masuk Australia sepanjang 2010/11. Jumlah itu meningkat tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya.

Empat negara utama lain ialah New Zealand, Singapura, Amerika Syarikat dan Hong Kong. "Angka ini sangat baik,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Albanese menerusi satu kenyataan pada Khamis, dan menambah Australia kembali semula menjadi pilihan antarabangsa.

Menurut data Biro Infrastruktur Pengangkutan dan Ekonomi Serantau, Qantas terus menguasai bahagian besar penumpang antarabangsa, sebanyak 18.7 peratus daripada pasaran Australia pada 2010/11. Ini diikuti Singapore Airlines sebanyak 9.1 peratus, Air New Zealand (8.3 peratus), syarikat penerbangan tambang rendah Qantas, Jetstar (8 peratus) dan Emirates (7.9 peratus). 

– Bernama.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.