Sunday 9 October 2011

RM18j bangunkan pelancongan Perak

IPOH 8 Okt. - Perak menerima peruntukan sebanyak RM18.7 juta daripada Kementerian Pelancongan dalam tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk melaksanakan pelbagai projek di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3.8 juta diperuntukkan kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

''Fokus utama peruntukan sebanyak RM3.8 juta itu adalah menaik taraf Pekan Lama meliputi Pusat Penjaja Medan Kitt, program Jejak Warisan Ipoh dan landskap Dataran Stesen Keretapi Ipoh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh dan mendengar taklimat projek penyelenggaraan yang diluluskan Kementerian Pelancongan kepada MBI di sini, semalam.

Menurut Hamidah, selepas dinaik taraf, Pusat Penjaja Medan Kitt akan menyediakan pentas persembahan muzik untuk hiburan ringan pengunjung.

-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.