Saturday 10 September 2011

Kuala Gandah eko-pelancongan bertaraf dunia


Dua pelancong asing membelai salah seekor gajah dalam cuaca hujan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang. Utusan/MAHATHIR ALI

TEMERLOH 10 Sept - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini mempunyai potensi produk yang tinggi untuk dijadikan kawasan eko-pelancongan bertaraf dunia.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, ia berikutan pertambahan jumlah pelancong secara mendadak sejak dari 2000 sehingga tahun lepas. "Kedatangan pelancong pada 2000 hanya 2,171 orang, namun pada tahun lepas melanjok kepada 178,671 pelancong setahun.

"Bagi pelancong dari luar negara pula ia meningkat secara mendadak seramai 36,008 orang berbanding pada 2000 iaitu 406 orang," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan ke pusat tersebut di sini hari ini. 

- Utusan Online.

1 comment:

  1. Kenaikan mendadak sejak tahun 2000 adalah disebabkan oleh berjayanya kempen pelancongan domestik iaitu "ZOOM Malaysia" yang telah menengahkan tarikan-tarikan pelancongan secara fokus seperti yang dibuat keatas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan tersebut. Sesungguhnya kemepn pelancongan haruslah fokus dan mempromosikan pelbagai tempat & tarikan, dan ditukar setiap 2-3 tahun.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.