Sunday 21 August 2011

MASwing ke Pontianak Oktober ini



KOTA KINABALU 20 Ogos - Syarikat penerbangan MASwings bakal terbang ke destinasi baharu iaitu le Bandar Seri Begawan, Brunei dan Pontianak, Indonesia pada Oktober ini. Naib Presiden MASwings Wilayah Sabah, Shauqi Ahmad berkata, penerbangan itu yang berada dalam lingkungan kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina akan meningkatkan industri pelancongan di negeri ini.


"Kita menyasarkan golongan usahawan dan pelabur untuk melakukan urus niaga di Sabah dan Sarawak. Justeru, diharap dengan beroperasinya perkhidmatan penerbangan ke negara jiran ini mampu menggalak ekonomi dan meningkatkan industri pelancongan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan Sentuh & Menang: Promosi Kios Daftar Masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, baru-baru ini.


-Utusan Online.


www.maswings.com.my


photo: pelancongankini


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.