Monday 8 August 2011

Firefly kembali dengan pakej jaminan pulangan wang

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Syarikat penerbangan komuniti Firefly menawarkan para pengembara pakej pengembaraan dalam talian “Best-est Deals" mulai 8 hingga 14 Ogos 2011 untuk perjalanan antara 15 September 2011 hingga 27 Oktober 2012. Ketua Pemasaran dan Komunikasi, Angelina C. Fernandez berkata: “Ini adalah tawaran yang terbaik dengan pakej jaminan pulangan wang dari serendah RM269 untuk penginapan tiga hari/dua malam di Langkawi.”

Destinasi lain ialah di Kota Kinabalu dari RM289, Phuket dari RM339 dan Koh Samui dari RM599. "Pakej-pakej ini termasuk tiket pergi/balik dengan cukai dan surcaj lapangan terbang serta penginapan hotel “twin sharing”. Ia sah hanya untuk belian dalam talian terpilih yang dibuat di www.fireflyholiday.com.

"Katalah jika penguna membeli pakej serupa yang sama pada harga rendah dari Pameran Pengembaraan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur antara 12 dan 14 Ogos, mereka boleh emel kepada kami di contactus@fireflyholiday.com dengan bukti belian dan kami akan memulangkan semula pembayaran yang dibuat,” kata Fernandez dalam satu kenyataan hari ini.

– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.