Sunday 5 June 2011

Tarian Sebaya-Baya Repo tarikan pelancongan

KUCHING 4 Jun - Tarian Sebaya-Baya Repo mampu menjadi daya tarikan dalam industri pelancongan di negeri ini, terutama kepada mereka yang berkunjung ke Rumah Panjang Pueh, Sematan dekat sini, sempena sambutan Hari Gawai setiap 1 Jun. Ahli Dewan Undangan Negeri Opar, Ranum Mina berkata, tarian itu bukan sahaja menghiburkan, tetapi berupaya merapatkan silaturahim antara penduduk rumah panjang dengan para pengunjung.

Pada masa sama, katanya, program yang dilaksanakan pada hari itu penuh dengan semangat Gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan rakyat. "Tarian ini cukup unik serta menghiburkan dan paling utama ia berupaya merapatkan hubungan persahabatan penduduk rumah panjang dengan pengunjung.

"Semua itu dapat dirasai apabila para penduduk sama-sama menari dengan pengunjung, pendek kata, tarian ini unik dan menjadi aset daya tarikan pelancong di rumah panjang ini," katanya selepas merasmikan Majlis Ambang Gawai di Rumah Panjang Kampung Pueh dekat sini, baru-baru ini. Ranum berkata, pada program itu juga dapat dilihat bagaimana sambutan ambang Gawai turut mengadunkan semangat 1Malaysia dengan pelbagai kaum berhibur bersama-sama.

-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.