Friday 11 March 2011

Enam orang Tourism Malaysia disiasat SPRM

PUTRAJAYA 10 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat enam orang dari Tourism Malaysia semalam dipercayai ada kaitan dengan isu penyelewengan dalam pemberian tender pengiklanan.

Utusan Malaysia difahamkan, pegawai penyiasat badan itu menyerbu pejabat berkenaan di Kuala Lumpur pagi semalam. "Pasukan penyiasat merampas beberapa fail. Dipercayai salah satu syarikat yang disiasat ada berkaitan dengan orang kenamaan," menurut sumber hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi di sini mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan daripada saksi-saksi yang berkaitan di Tourism Malaysia. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
-Utusan Malaysia.

1 comment:

  1. Nampaknya Tourism Malaysia lebih popular dari Kementerian Pelancongan. Tapi populariti kebelakangan ini tidaklah begitu baik untuk Tourism Malaysia. Yang pasti ia tidak berpunca dari dalam Tourism Malaysia.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.