Sunday 23 January 2011

Tune Hotels buka cawangan di Kota Bharu

KOTA BHARU, 23 Jan. - Pengendali hotel bajet bertaraf lima bintang, Tune Hotels.com hari ini membuka cawangan pertamanya di pusat bandar Kota Bharu, iaitu cawangan pertama hotel berkenaan di Pantai Timur. Ketua Eksekutif Kumpulan Tune Hotels.com, Mark Lankester berkata, cawangan hotel itu yang berkapasiti 173 bilik dan menelan kos RM20 juta, mula beroperasi hari ini dan menerima 40 pelanggan terawal. "Kedudukan hotel ini di pusat bandar Kota Bharu adalah strategik kepada pelancong dan menjadi tumpuan umum dan ia diyakini menjadi tempat untuk kami meluaskan lagi empayar perniagaan di Wilayah Pantai Timur,” katanya kepada pemberita di sini.

- Bernama

www.tunehotels.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.