Friday 14 January 2011

Pasukan bertanding LTdL tiba di Langkawi mulai Selasa

KUALA LUMPUR 14 Jan. – Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam edisi ke-16 perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) akan mula tiba di Pulau Langkawi Selasa ini. Pengarah operasi LTdL 2011, Emir Abdul Jalal berkata, semua pasukan yang bertanding, kecuali pasukan Aisan Cycling Team, akan tiba secara berperingkat mulai Selasa ini.

"Bagi pasukan Aisan, mereka datang lebih awal dengan perbelanjaan sendiri ke Pulau Langkawi untuk menjalani latihan bagi menyesuaikan diri,” katanya pada satu persidangan akhbar selepas majlis menerima tajaan daripada Figos Sdn Bhd di Ibu pejabat LTdL 2011, Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini. Beliau berkata, pasukan benua dari Jepun itu tiba di Pulau Langkawi sejak Selasa lepas. "Sudah semestinya pasukan itu mahu mencipta kejayaan yang lebih besar pada edisi kali ini selepas kejayaan salah seorang pelumbanya menjuarai perlumbaan peringkat keempat (Mersing-Parit Sulong) pada LTdL tahun lepas,” katanya.

– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.