Saturday 22 January 2011

Caj tambahan bilik hotel, inap desa

MELAKA 21 Jan. - Kerajaan negeri bercadang untuk mengenakan bayaran caj tambahan bagi setiap tempahan bilik hotel dan inap desa yang terdapat di negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, langkah itu bertujuan untuk mengisi tabung atau dana bagi membangun serta menaik taraf produk pelancongan yang sedia ada atau bakal diperkenalkan pada masa depan. Menurutnya, sebagai permulaan, pihaknya bercadang mengenakan caj tambahan itu secara berasingan daripada harga bilik. ''Kadarnya mungkin dikenakan berbeza-beza mengikut jenis bilik yang ditawarkan oleh mana-mana pengusaha hotel," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurutnya, tabung dana tersebut selain digunakan bagi tujuan membangunkan produk pelancongan negeri, ia juga boleh disesuaiakan bagi kegunaan program pemuliharaan warisan negeri dari semasa ke semasa. Kata beliau, pihaknya melantik pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi melaksanakan tanggungjawab mengutip caj tambahan dan menguruskan tabung dana tersebut. Ujarnya, kerajaan negeri berharap pihak pengusaha hotel tidak bertindak membantah cadangan tersebut memandangkan ia juga berkaitan meningkatkan kualiti produk pelancongan negeri pada masa depan. 

Ini kerana, kata Mohd. Ali, langkah itu turut mendatangkan keuntungan kepada pihak tersebut kerana sekiranya produk pelancongan negeri dapat dinaik taraf sekali gus menarik lebih ramai kunjungan pelancong sekali gus meningkatkan tempahan bilik hotel. Ujarnya, pada masa ini, Melaka mempunyai 198 buah hotel yang menyediakan kemudahan 11,215 bilik dan mempunyai lima kampung mengendalikan perkhidmatan inap desa di seluruh negeri.

Sementara itu pada perkembangan berasingan, kata beliau, penduduk negeri ini tidak sepatutnya mengambil tindakan membuat pembelian secara panik minyak masak menjelang musim perayaan akan datang. Kata beliau, rakyat sepatutnya memahami kesan daripada tindakan melulu tersebut akan menyebabkan masalah kekurangan minyak masak berlaku. ''Saya sudah membuat tinjauan ke beberapa lokasi menjual minyak masak minggu lalu dan mendapati masih ada jualan minyak masak.

''Namun, masalah itu berulang pada hari biasa kerana pembeli ada yang panik ekoran bimbang ketiadaan jualan minyak masak, saya khuatir jika keadaan ini berterusan, Melaka akan dilanda masalah ketiadaan minyak masak," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta agensi dan pihak penguatkuasa yang berkaitan perkara itu agar memantau perkembangan tersebut bagi mengelak isu ketiadaan minyak masak berlaku terutama menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

-Utusan Online.

1 comment:

  1. Melaka State Government must be crazy to suggest extra charges for the hotels and homestay. The hotels already have the service charge and government tax, while homestay suppose to be value for money for the experience. The is no reason for Melaka to charge extra. This will irked the tourists.

    For development and maintenance, the Melaka State should use their yearly budget. It is high time for Melaka to look into to many tourist products, possibility to cut them to ideal numbers based on popularity and number of visitors.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.