Wednesday 10 November 2010

Pelancong naik beca di Johor Bahru

JOHOR BAHRU 9 Nov. - Sektor pelancongan negeri akan bertambah rancak apabila para pelancong berpeluang menikmati keindahan bandar raya ini dengan menaiki beca di beberapa laluan tertentu yang dijangka bermula tidak lama lagi. Pengerusi Jawatan-kuasa Pelancongan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Hoo Seong Chang berkata, penggunaan beca itu adalah sebahagian daripada aktiviti pengangkutan pelancong yang dinamakan 'Quadricycle' untuk bersiar-siar. Beliau berkata, pengangkutan tersebut akan digunakan untuk mempromosi beberapa lokasi menarik di sekitar bandar raya ini yang dikenali sebagai JB Heritage Trail.

Menurutnya, perkhidmatan beca itu akan membawa para pelancong ke lokasi sekitar bandar raya seperti ke Bukit Timbalan serta beberapa muzium. "Di bandar raya lain penggunaan beca mungkin sudah lama beroperasi tapi di sini ia adalah satu pengalaman baru. Setakat ini terdapat 20 pengusaha beca telah bersetuju untuk terlibat sama dalam aktiviti JB Heritage Trail. "Kementerian Pelancongan, Jabatan Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia Johor akan memberi sokongan kepada pengusaha beca untuk memastikan ia mampu meningkatkan jangka masa penginapan pelancong di sini," katanya selepas merasmikan seminar Kesedaran Keselamatan Premis Penginapan Pelancong 2010 di sini hari ini.
-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.