Sunday 24 October 2010

Tarikan makanan tempatan



NG Yen Yen (empat dari kanan) bersama sebahagian penaja pada majlis prapelancaran Karnival Pertandingan Masakan yang akan diadakan Disember ini di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pelancong asing yang mengunjungi negara ini dijangka menghabiskan kira-kira RM10.13 bilion untuk makanan sebelum akhir tahun ini, iaitu peningkatan satu peratus berbanding tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, pada tahun lalu pelancong asing membelanjakan RM9.29 bilion iaitu 17.4 peratus untuk makanan daripada RM53.4 bilion yang dibelanjakan keseluruhannya.

Menurutnya, makanan Malaysia menjadi tarikan utama pelancong asing di mana ia membantu menjana pendapatan ketiga tertinggi dalam sektor pelancongan negara.

“Jumlah pelancong yang mencuba makanan di negara ini semakin meningkat dari hari ke hari dan terdapat pelancong yang mengunjungi negara ini hanya untuk mencuba makanan yang terdiri daripada lebih 100 jenis.

“Oleh itu, saya menyasarkan lebih RM30 bilion akan dibelanjakan oleh pelancong asing bagi makanan tempatan negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu beliau telah menyampaikan cenderahati kepada penaja yang akan membantu menjayakan Karnival Pertandingan Masakan yang akan diadakan Disember ini.

Tambah Yen Yen, pada tahun lalu, karnival pertandingan masakan itu berjaya menarik lebih 100,000 pelancong dalam tempoh tiga hari tersebut.

“Pada tahun ini, kami menyasarkan kira-kira 120,000 pelancong akan mengunjungi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 17 hingga 19 Disember depan untuk menikmati makanan tradisional Malaysia,” jelasnya.

-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.