Friday 22 October 2010

AirAsia tawar tambang rendah setiap Jumaat mulai esok

KUALA LUMPUR 21 Okt. – AirAsia Bhd memperkenalkan “Hari Penerbangan Hebat” yang membolehkan pelanggan menikmati tambang rendah setiap Jumaat ke destinasi terpilih. Mulai esok, penumpang akan diberi tawaran tambang murah bermula 11 malam hingga 4 pagi bagi tempoh perjalanan daripada 1 hingga 30 November tahun ini, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini. "Ini merupakan satu lagi kempen pemasaran kreatif AirAsia untuk menyediakan nilai harga berbaloi kepada pelanggan,” kata Ketua Komersial Serantau, Kathleen Tan.

Tawaran mingguan itu membolehkan pelanggan memaksimumkan rangkaian laluan AirAsia dan ke rangkaian di seluruh rantau ASEAN, China, Taiwan, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Eropah. Kempen minggu ini menawarkan tambang serendah RM55 perjalanan sehala ke destinasi seperti Phuket, Jakarta dan Kuching, dan mereka yang berminat boleh melayari www.airasia.com atau www.mobile.airasia.com setiap Jumaat semasa waktu yang dinyatakan.

– Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.